TAKRIF BAHAN 2 DIMENSI (2D) Mempunyai 2 dimensi iaitu lebar dan panjang. Berbentuk leper dan tidak mempunyai kedalaman. Contoh : gambar, bahan bercetak, poster (yang mempunyai 2 ciri iaitu lebar dan panjang).Bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
TAKRIF BAHAN 3 DIMENSI (3D) Merujuk kepada bahan yang mempunyai 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan ketinggian. Mendeskripsikan sesuatu imej sebagai mempunyai kedalaman. Antara bahan 3D termasuklah realia, model, diorama dan mobail. Bahan yang mempunyai bentuk dan menyerupai bahan yang sebenar.
JENIS-JENIS BAHAN 2 DIMENSI (2D) ü BAHAN BERCETAK ü GAMBAR ü CARTA ü GRAF ü POSTER ü GRAFIK ü PETA ü KAD IMBASAN ü KAD GAMBAR
JENIS-JENIS BAHAN 3 DIMENSI (3D) ü REALIA ü MODEL ü DIORAMA ü TOPENG ü AKUARIUM ü TERRARIUM ü BONEKA ü MOBAIL
KELEBIHAN BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI · Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. · Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. · Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik. · Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. · Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. · Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi di antara satu sama lain. · Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.
APA ITU MEDIA? Ikhtiar untuk memperolehi, memprosa atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik atau cara mekanik.
PENGKELASAN MEDIA
MEDIA BUKAN UNJURAN Bahan-bahan dan peralatan yang tidak memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan. Contohnya, poster, model, akhbar, papan iklan, pamplet, brosur serta lembaran kerja.
MEDIA UNJURAN Bahan-bahan elektronik dan tidak bercetak yang memerlukan tayangan seperti filem, radio, pita perakam gambar bergerak, televisyen, mesin-mesin media, komputer, OHP dan projektor.