Kuliah EDU 3105 09 Mac 2013 yang diajar oleh Encik Manas Bin Lehan untuk kumpulan PPG PRA unit 4.12A telah diadakan pada jam 2.30 hingga 4.30petang di Makmal Komputer Aras 1. Pada hari ini kuliah Encik Manas adalah berkisar tentang pembinaan e-Book sempena tugasan KKP untuk semester ini.
A. Soalan KKP EDU 3105 adalah seperti di bawah: 1. Anda dikehendaki menyediakan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) berbentuk e-Book yang akan digunakan sebagai salah satu Media Pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Sila muat turun (download) tugasan ini dan rubrik pemarkahannya, dan siapkan dalam tempoh 4 minggu. Mulai tarikh 9 Mac 2013 hingga 6 April 2013. B. Butiran penting berkaitan tugasan KKP ini ialah: ü kenalpasti major / minor ü kenalpasti bbm berbentuk e-Book ü rph berdasarkan tajuk & bbm yang dibina ü penulisan refleksi C. Langkah-langkah untuk menyediakan tugasan KKP EDU 3105: Ø fikirkan rph Ø fikirkan bbm berbentuk e-Book Ø di mana page yang sesuai nak letak e-Book D. Cara-cara untuk menyediakan e-Book: ü ambil gambar sendiri (gambar original / real) menggunakan kamera atau handphone ü saiz gambar 75cm x 50cm atau 37.5cm x 50.5cm ü tajuk e-Book bebas v dalam e-Book ada foto iaitu imej yang diambil dengan apa sahaja alat yang boleh membuiat imej still / pegun atau tidak bergerak E. Refleksi : Pengalaman semasa menyiapkan tugasan KKP: · masa ambil gambar · masukkan dalam komputer · kecilkan saiz gambar · masalah yang dihadapi dan cara-cara mengatasinya Sesuai dengan major prasekolah, rph yang perlu disediakan ialah rancangan pengajaran slot untuk masa 30minit manakala e-Book yang dibina memerlukan lebih banyak gambar berbanding perkataan. Wajaran tugasan KKP EDU 3105 ini iaiah 70% untuk bbm yang disediakan manakala 30% selebihnya ialah untuk rancangan pengajaran slot yang disediakan.