Kuliah EDU 3105 06 April 2013 yang diajar oleh Encik Manas Bin Lehan untuk kumpulan PPG PRA unit 4.12A telah diadakan pada jam 2.30 hingga 4.30petang di Makmal Komputer Aras 1.
Pada hari ini kuliah Encik Manas adalah berkisar tentang: A. PDF iaitu: i. cara-cara untuk downloads PDF N SPF daripada internet ii. cara-cara untuk install PDF N SPF daripada internet. iii. cara-cara untuk convert text daripada Microsoft Word kepada PDF.
B. FLIPBOOK iaitu: i. cara-cara untuk downloads Flip Book daripada PDF Publisher. ii. cara-cara untuk install Flip Book daripada internet. iii. cara-cara untuk convert text daripada Microsoft Word menjadi Flip Book.
Saya begitu teruja terutama ketika belajar cara-cara untuk menghasilkan flip book kerana selama ini saya hanya melihat dan mendapat maklumat daripada internet melalui atau menggunakan flip book. Tetapi pada hari ini saya telah dapat menghasilkan flip book saya sendiri.. Hari ini memang merupakan hari yang sungguh menggembirakan saya..
Kejayaan saya membuat flip book sendiri adalah berkat tunjuk ajar dan bimbingan En. Manas Bin Lehan, terima kasih yang tidak terhingga daripada saya. En. Manas tidak jemu-jemu memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kami semua berjaya menghasilkan flip book sendiri. Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu. Hanya Allah yang dapat membalasNya..
Terima kasih daun keladi....kalau boleh ajarlah lagi....