TAJUK SOALAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal? Bincangkan dengan mencadangkan 2 tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak kemudian menyenaraikan pandangan atau idea mereka tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak.
PENGENALAN Pendidikan awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak pada usia ini telah mula memasuki taman-taman didikan atau lebih dikenali dengan prasekolah. Bagaimanapun pertumbuhan pesat pusat-pusat jagaan atau asuhan awal kanak di Malaysia yang juga dikenali sebagai TASKA menunjukkan bahawa definisi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Negara kita juga telah berubah . Anak-anak seawal usia 0 hingga 6 tahun bukan sahaja perlu di asuh dan dijaga tetapi juga telah mula boleh dididik. Mastura Badzis, 2008 mengatakan pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan dan dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science. 1990). Oleh hal yang demikian, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh dapat membantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai. Kurikulum dimaksudkan sebagai rancangan aktiviti dan pengalaman yang disediakan untuk murid-murid di sekolah. Kurikulum ini merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan-persatuan di sekolah, sukan dan permainan. Selain daripada itu, guru-guru, murid-murid, sekolah, disiplin, kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan unsur penting dalam kurikulum. Sekiranya hal tersebut berubah, kurikulum juga akan berubah (Musa. 1992).
KEPENTINGAN KURIKULUM Kurikulum merupakan salah satu ilmu teras dalam pendidikan pada masa kini. Tanpa kurikulum sistem pendidikan sukar dilaksanakan di semua tempat atau di sekolah. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan sistem pendidikan di sesebuah negara amat bergantung kepada reka bentuk kurikulum tersebut. Reka bentuk kurikulum yang unggul menjadikan negara itu maju dan membangun. Di kebanyakan negara maju, telah berusaha membangunkan kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negara. Sesuatu kurikulum dapat dinilai keberkesanannya selepas beberapa tahun kurikulum tersebut diperkenalkan, ia mengambil masa yang lama untuk membuat penilaian kepada sesuatu kurikulum yang dilaksanakan. Oleh itu, reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan potensi setiap individu dan pembangunan sumber asli negara yang dipadankan dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum.
DEFINISI KURIKULUM Perkataan kurikulum adalah berasal dari bahasa Yunani yang sering digunakan dalam bidang olahraga, iaitu ’currere’ yang bererti jarak yang harus ditempuh dalam kegiatan larian dari pemulaan sehingga tamat. Pengertian ini mula di gunakan dalam bidang pendidikan. Dalam bahasa Arab pula istilah kurikulum bermaksud Manhaj, iaitu jalan yang terang di lalui manusia dalam kehidupan. Manusia menggunakan istilah ini untuk menggambarkan bidang yang khusus kepada seseorang yang mengajar ilmu pengetahuan (Ishak Ramly.2003). Banyak pandangan yang di berikan oleh ahli-ahli pendidikan dan kurikulum yang boleh digunakan berhubung dengan definisi kurikulum. Kurikulum merangkumi perkara yang paling besar seperti (semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah) dan yang paling kecil (perkara yang diajar di sekolah), kurikulum dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu kurikulum sebagai program yang di rancang dan dilaksanakan di sekolah. Selain itu, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. Seterusnya kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan, pengalaman individu dan masyarakat secara individu atau kumpulan. Menurut Bellack dan Kliebard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, telah memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga yang diklasifikasikan tadi terbentuk pula beberapa domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran intelektual, manipulatif, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Selain itu, Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum adalah perancangan pembelajaran dan semua kurikulum mempunyai elemen yang di tetapkan seperti pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran.
TOKOH ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Sebenarnya, yang termasuk dalam kriteria input instrumental cukup banyak, tetapi cukup disebut kurikulum saja. Dengan ini bererti kurikulum bukanlah kumpulan yang harus difahami, melainkan seluruh aspek yang diatur dalam rangka mencapai tujuan pendidikan tertentu. Termasuk di dalam hal ini adalah manusia pelaksananya, peralatan, metode, biaya dan sebagainya. Inilah pengertian kurikulum secara umum. Di antara tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah: 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori 6. John Dewey 7. Martin Luther 8 John Amos Comenius 9. Jean Piaget 10. Vygotsky Dua tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak yang hendak dibincangkankan ialah Maria Montessori dan Friedrich Froebel. MARIA INTESSORI (1870-1952) Maria Montessori merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, yang mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal. Dalam tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masanya selama dua tahun bersama rakan-rakannya melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terancat akal. Pada masa ini beliau banyak menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehi melalui kajiannya. Sebahagian daripada kanak-kanak yang beliau ajar dilabel sebagai `uneducable' telah dapat belajar dengan baik sehingga boleh membaca dan menulis, sebahagiannya telah lulus peperiksaan sekolah rendah dan lulus dengan gred yang lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa. Kaedah Mengajar Montessori menekankan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan ` sensory teaching and learning'. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan mengguna deria dengan cekap. Sumbangannya terhadap kanak-kanak ini dan juga ceramah-ceramah yang disampaikan kepada orang ramai sama ada di Itali dan di negara-negara Eropah yang lain menjadikan Maria Montessori seorang yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang pendidik dan juga seorang doktor. Pada tahun 1904, beliau diminta menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak di kawasan`slum’ yang merupakan `rehousing programe'. Sekolah pertama dan yang besar di San Lornso ini diperuntukkan kepada kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun. Beliau menamakan sekolahnya ini sebagai ` Casa dei Bambini ' , the Children 's House in Italian. (Lesley Britton 1992 ). Dua tahun berikutnya, beberapa buah sekolah lagi dibuka. Di sekolah-sekolah ini Montessori telah menggunakan kaedahnya kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunanya boleh mendatangkan hasil pencapaian yang baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki pencapaian kanak-kanak yang normal. Prinsip-Prinsip yang terdapat dalam kaedah Montessori seperti menghormati kanak-kanak. Mengikut Montessori orang dewasa perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Orang dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Guru dan ibu bapa menghormati kanak-kanak dengan pelbagai cara antaranya ialah membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri aktiviti mengikut pilihan mereka. Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka akan dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi dan penghargaan kendiri yang positif. Seterusnya ialah ‘Absorbent Mind’ ialah cara kanak-kanak memperolehi pengetahuan adalah berbeza daripada orang dewasa. Jika orang dewasa menggunakan pemikiran untuk memperolehi pengetahuan, kanak-kanak pula menggunakan anggota fizikal mereka atau pancaindera. Daripada umur 3-6 tahun, kanak-kanak telah menggunakan conscious absorbent mind iaitu boleh membuat pemilihan daripada maklumat yang diperolehi daripada alam sekitar dan dapat mempertingkatkan lagi penggunaan deria mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran seperti membeza, memadan dan menggeredkan warna, sejak lahir sehingga berumur 3 tahun pula pemikiran kanak–kanak diistilahkan sebagai ‘unconsciouis absorbent mind’ yang diperkembangkan melalui penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh. Apa yang kanak-kanak pelajari bergantung kepada orang-orang yang terdapat di sekeliling mereka iaitu percakapan, perbuatan dan bagaimana mereka memberi respon kepada kanak-kanak. Pengalaman yang sedia ada dan bahan-bahan yang disediakan untuk kanak-kanak juga menentukan jenis dan kualiti pembelajaran.
Selain itu, jangkamasa sensitif Montessori percaya terdapat jangka masa sensitif di mana pada waktu ini kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkah laku dengan lebih berkesan ( Banyak ahli pendidik awal kanak-kanak memberi maksud sensitive periods ini sebagai kesediaan readiness). Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini tetapi jangka masa bagi tiap-tiap kanak-kanak adalah berbeza. Guru dan ibu bapa perlu mengesan masa-masa sensitif ini dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian. Terdapat ramai pendidik berpendapat bahawa pemerhatian terhadap kanak-kanak lebih penting daripada memberi ujian kepada mereka. Jangka masa sensitif dalam pembelajaran berlaku dalam masa awal hayat iaitu semasa bermula perkembangan pesat dari segi fizikal dan bahasa. Guru mempunyai 3 peranan seperti mengakui wujudnya masa-masa yang sensitif, belajar untuk mengesaninya dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak.
Prinsip seterusnya ialah persekitaran yang disediakan (Prepared Environment) Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang disediakan. Persekitaran ini mungkin bilik darjah, rumah, taman asuhan kanak-kanak atau di padang permainan. Matlamat penyediaan persekitaran ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung kepada orang dewasa. Sebaliknya mereka melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri dan pendidikan kendiri (Auto Education). Maksud pendidikan kendiri ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik diri mereka sendiri semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di persekitaran yang disediakan. Melalui penglibatan dalam aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu, membuat refleksi dan mendapat kepuasan diri. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Montessori semua kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang universal. Ciri-ciri berikut adalah semua kanak-kanak mempunyai `absorbent mind' semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif, semua kanak-kanak ingin belajar, semua kanak-kanak belajar melalui bermain atau bekerja, semua kanak- kanak melalui berbagai peringkat perkembangan dan Semua kanak-kanak ingin berdikari.
FRIEDRICH FROEBEL (1782-1852) Seorang lagi tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak ialah Friedrich Froebel (1782-1852). Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan Jerman. Banyak menghabiskan masa hayatnya membentuk sistem pendidikan awal kanak-kanak. Froebel belajar daripada Pestalozzi dan bekerja dengannya. Berbanding dengan Pestalozzi yang memberi tumpuan kepada pengajaran, Frobel membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran awal kanak-kanak. Beliau digelar sebagai ‘ father of the kindergarten’. Beliau telah mengasaskan sekolah taman kanak-kanak pada tahun 1837. Sekolah ini dinamakan kindergarten. `Kinder' bermakna kanak-kanak, `garten' bermakna taman. Oleh sebab itu taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Froebel adalah seorang yang kuat beragama yang menganggap manusia secara semulajadi adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.
Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum, metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya mengenai kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar adalah berasaskan kepada idea yang diistilahkan sebagai ‘unfolding’ (proses pengembangan seperti bunga yang kembang) yang telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi sebelumnya. Peranan pendidik sama ada ibu bapa atau guru ialah membuat pemerhatian terhadap ‘natural unfolding’ dan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak belajar apabila mereka sudah ada kesediaan untuk belajar. Peranan guru dapat membentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah, dan mula mengeluarkan pucuk dan akhirnya menghasilkan buah. Beliau mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Di dalam kebunnya yang dipenuhi dengan kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang tertutup penuh dengan keharmonian dalam keadaan semula jadi. Pandangan Froebel terhadap Kindergarten perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak seperti dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang dapat dimasuki cahaya, dipenuhi dengan tanam-tanaman, binatang, gambar-gambar, bunyi-bunyian dan alat permainan yang merupakan bentuk daripada objek mudah, saiz dan warna yang menarik. Untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak ianya perlu dilengkapi dengan kerusi dan meja yang sesuai mengikut saiz kanak-kanak dan tidak perlu dilengkapkan dengan kerusi serta meja orang dewasa sehingga menghalang perjalanan aktiviti.
Di kindergarten perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak hendaklah dipupuk yang dapat memberi latihan terhadap kanak-kanak. Kindergarten merupakan satu institusi yang membolehkan kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru. Suasana di kindergarten hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Pendidikan hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Kanak-kanak hendaklah dianggap sebagai kanak-kanak dan mereka perlu diberi kebebasan. Peringkat pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana ia adalah asas kepada semua pendidikan selanjutnya. Kindergarten seolah-olah tapak semaian bagi latihan kemasyarakatan seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, bersikap membina, hormat menghormati, menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan yang baik dan teratur.
Strategi Pengajarannya ialah main sebagai satu strategi dalam pendidikan dianggap sebagai sumbangan Froebel yang terbesar dalam pendidikan awal kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan bermain itu satu tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu semua kerja-kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri main. Kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka melalui main. Selain daripada main Froebel juga menekankan tentang latihan pekerjaan untuk kanak-kanak. Bermain dengan alat permainan adalah perkara yang bermakna dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan adalah bahan asas pembelajaran dan perkembagan minda mereka. Ketika bermaian mereka mendapat kepuasan kerana naluri ingin tahu kanak-kanak dapat dipenuhi barang-barang permainan itu. Permainan ialah apa sahaja bahan ataupun aktiviti yang memberi kepuasan, kegembiraan dan ketenangan kepada orang yang bermain dengannya terutama kanak-kanak. Bermain bagi kanak-kanak adalah belajar. Naluri bermain adalah keinginan semula jadi dan berkembang mengikut peringkat umur. Ketika bermain, kanak-kanak menggunakan kesemua sensorik pancaindera, serta melakukan koordinasi fizikal dan kemahiran motoriknya. Keadaan ini dapat merangsang mereka bergerak dan berkembang secara aktif. Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat mengetahui banyak perkara seperti mengetahui mengenai objek, orang lain dan peristiwa - peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari daripada bermain dapat digunakan oleh mereka ketika berinteraksi dengan orang lain dan ketika mengadaptasi dengan alam sekitarnya. Setiap permainan adalah asas kepada pendidikan yang lebih formal.
Bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan beberapa kemahiran asas yang dimiliki. Bermain bukan sahaja memberi keyakinan diri, malah dapat mendorong keinginan mereka supaya mempelajari pelbagai perkara lagi. Contohnya dengan bermain permainan cantum dan lekat bagi membina rumah dapat menyedarkan mereka membuat rumah memerlukan percantuman beberapa bahan asas seperti tiang, dinding, lantai, bumbung dan lain-lain. Selain itu, Froebel juga menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi mengenai penggunaan alat atau objek dalam pengajaran untuk menimbulkan minat dalam pembelajaran. Beliau juga setuju dengan prinsip yang mengatakan bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria. Froebel telah membahagikan proses awal kanak-kanak di antara kelahiran dan umur 6 tahun kepada peringkat-peringkat berdasarkan perkembangan fizikal dan mental. Beliau membahagikan kepada tiga peringkat iaitu bayi (infancy), awal kanak-kanak (early childhood) dan peringkat kanak-kanak (childhood). Dari segi jadual waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran kanak-kanak tidak terbatas.
PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap b. Persekitaran yang tersedia c. Didikan diri d. Bahan pembelajaran e. Tempoh sensitif
PENDAPAT MARIA MONTESSORI 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
PRINSIP-PRINSIP KAEDAH MARIA MONTESSORI 1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. 2. Konsep kebebasan. 3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar. 4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh. 5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. 6. Pentingnya disiplin diri. 7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak. 8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya. 9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. 10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan dan ia perlulah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.
PENDAPAT FRIEDRICH FROEBEL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar, dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. 2. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. 9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 10. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. 11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. KESIMPULAN Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah di seluruh negara. Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak, kurikulum digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna. AZLINA BINTI AB RAHMAN PPG PRA 4.12A