SOALAN LATIHAN PRA 3107 I. Nyatakanempat tahap peniruan yang dikemukakan oleh Bandura (1986) II. Berikan tiga cara atau teknik yang sesuai ditunjukkan oleh guru untuk membolehkan kanak-kanak menjadikan guru sebagai role model.
LATAR BELAKANG Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di Universiti of British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu-satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.
Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelaran Master di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian dia meraih gelaran Doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologi klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, dia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. Beliau kemudiannya mengahwini Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya berpindah ke Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran Ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai professor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980.
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura dilantik sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972. Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnyanya kerana sikap beliau yang mengambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.
TEORI PERMODELAN Albert Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan. Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling) Tiga unsur utama Teori Pembelajaran Sosial ialah Individu (Motivasi Intrinsik), Persekitaran (Rangsangan Luaran) dan Tingkah Laku (Tindakbalas).
4 TAHAP PENIRUAN ALBERT BANDURA (1986) Ø Perhatian (attentian) Ø Mengingat (retention) Ø Reproduksi (reproduction) Ø Peneguhan / Motivasi (reinforcement/motivation) 1. Perhatian ( attention ) Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian. Antara faktor - faktor yang mempengaruhi perhatian : ü ciri - ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati. ü kegunaan dan faedahnya ü kemahiran pemerhati. Contohnya kanak - kanak akan memerhati tingkahlaku individu di persekitaran mereka contohnya, tingkahlaku atau perbuatan ibu bapa, guru, adik-beradik dan kawan-kawan mereka. Jika pemerhatian tersebut dapat menarik perhatiannya, maka kanak - kanak itu akan meniru semula apa yang diperhatikan. Contohnya bercakap dengan sopan atau kasar. 2. Mengingat ( retention ) Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Mengikut Bandura, butir - butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa imaginasi. Contohnya kanak - kanak akan bertindak untuk mengingat semula tingkah laku model yang telah diperhatikan, terutama jika model tersebut merupakan seorang yang disanjungi oleh mereka. 3. Reproduksi ( reproduction ) Pemerhati harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati , serta kemahiran mengingat dengan tepat. 4. Peneguhan / Motivasi ( reinforcement ) Individu biasanya akan meniru dan melakukan semula tingkahlaku yang diperhatikan sekiranya ia mendatangkan kepuasan peneguhan positif atau ganjaran. Pemerhati mungkin tidak akan melakukan semula tingkah laku tersebut sekiranya didenda atau ditegur. Jenis - jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan mengikut tingkah laku yang ditiru ialah : · peneguhan secara langsung, misalnya pujian · peneguhan secara tidak langsung ( vicarious reinforcement ) , misalnya melihat orang lain menerima hadiah. · peneguhan diri ( self - reinforment ), iaitu motivasi instrinsik yang merangkumi proses : - pemerhatian -> menetapkan piawai tingkah laku ->menilai diri -> memperoleh kepuasan diri ->peneguhan diri (self – regulation) 3 CARA GURU SEBAGAI ROLE MODEL KEPADA KANAK-KANAK 1. Penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah cekap dan menarik agar dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Suasana pembelajaran di bilik darjah yang menarik juga membolehkan kanak-kanak dapat meniru dengan cepat seterusnya menjadikan guru sebagai role model mereka. Keikhlasan guru semasa mengajar kanak-kanak juga sangat penting. 2. Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku yang baik dan sopan serta berperwatakan positif supaya kanak-kanak. dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi dan dijadikan role model oleh kanak-kanak. Contohnya cara guru duduk, berjalan serta berpakaian. 3. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bercakap menggunakan bahasa yang sopan, tidak menjerit-jerit dan tidak meninggikan suara. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku kanak-kanak yang kurang baik, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik serta menasihatkan mereka. Amalan mempraktikkan ucapan terima kasih oleh guru juga akan ditiru oleh kanak-kanak.
KESIMPULAN Kanak-kanak merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat unik. Mereka sangat manja, naïf tetapi jujur. Mereka mudah meniru apa atau siapa sahaja yang berada di persekitaran mereka tanpa mengira apakah ianya sesuatu yang positif atau negatif. Persekitaran yang sihat akan melahirkan kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang sempurna menjadi individu yang sempurna dari aspek emosi, rohani serta fizikalnya. Manakala persekitaran yang sebaliknya akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Senario inilah yang memerlukan guru-guru memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadi contoh teladan atau role model yang terbaik kepada kanak-kanak kerana merekalah yang sangat dekat dengan kanak-kanak semasa di sekolah (tadika).