EDU 3105 TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK 1 : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
APA ITU TEKNOLOGI? Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. “Teknos” – Teknik / cara / kaedah “Logos” _ Kaji / belajar / ‘Study’ ‘Mengkaji / Mempelajari teknik / cara’ Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Bahasa Yunani - “techne” : kemahiran PENDAPAT TOKOH-TOKOH TENTANG TEKNOLOGI Galbraith (1967) - kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Heinich, Molenda dan Rusell (1969) - Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Evans dan Nation (2000) - “Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.”
Dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan. 4 Kategori pengertian pengajaran: • Menyampaikan maklumat, • Memindahkan maklumat, • Mendorong maklumat, • Membina manusia yang lebih baik Berlaku kekeliruan di antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran. Ada yang mengatakan sama sahaja antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran. Sekarang ramai yang menggunakan istilah teknologi pengajaran kerana teknologi pendidikan lebih luas jika dibandingkan dengan teknologi pengajaran. Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan. Satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Nota ini diadaptasi semula oleh: AZLINA BINTI AB RAHMAN, 4.12A PRA, PPG IPIS