EDU 3105 TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK 2 : MEDIA DALAM PENGAJARAN
APA ITU MEDIA PENGAJARAN? Media pengajaran adalah salah satu komponen dalam domain teknologi pengajaran. PENDAPAT TOKOH-TOKOH TENTANG MEDIA PENGAJARAN Percival & Elington (1984) 1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan - perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. 2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa 3. Saluran komunikasi 4. Perantara 5. Pembawa maklumat daripada penyampai kepada penerima, contoh: filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Heinich et al.(2002) - membantu proses komunikasi, contohnya - surat khabar, radio dan televisyen Reiser & Gagne (1983) - sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan, contohnya guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej. KONSEP MEDIA Konsep Media menurut Torkelson (1972) MESEJ - Isi kandungan, Pengumuman BENTUK MESEJ - Bagai mana cth: lisan, gambar SALURAN MESEJ - Peralatan fizikal cth: TV, Internet Heinich (1981) - Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: Video, multimedia, gambar foto) Yusup (1997, 2001) - Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran PERTALIAN DI ANTARA GURU, MEDIA PENGAJARAN & PELAJAR Guru menyampaikan mesej melalui satu medium kepada pelajar. Media menyampaikan mesej kepada pelajar. MAKSUD MEDIA PENGAJARAN Heinich et al. (2002) - Media yang membawa mesej tentang pengajaran. Kemp & Smellie (1994) - Audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Ngui Kuan Sang (1989) - Satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Modul OUM - Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. KELEBIHAN MEDIA PENGAJARAN 1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej. 2. Mengatasi Batasan, Ruang, Waktu dan Pancaindera. 3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi. 4. Pengalaman dan Persepsi yang sama. Fungsi Media Pengajaran Dalam Pengajaran & Pembelajaran 1. Pengajaran Bersama Pengajar. 2. Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar. 3. Folio Bermedia. 4. Pengajaran Tematik. 5. Pendidikan Jarak Jauh. 6. Pendidikan Bagi Pelajar Istimewa. PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN Gagne & Briggs (1974) 1. Perkataan yang diucapkan. 2. Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan. 3. Perkataan bercetak. 4. Gambar pegun. 5. Gambar bergerak. 6. Sampel sebenar. Penyampaian Pengajaran seharusnya bermula dengan pengalaman enektif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik. BilJenis Media Contoh 1 Media Tayang Kaku Transparensi, slaid, mikrofilem 2 Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital, filem 3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta, graf 4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan, poskad 5 Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama, pupet 6 Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin 7 Media Audio Pita kaset, cakera padat, komputer 8 Media Cetak Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah FAKTOR ASAS MEDIA PENGAJARAN Objektif - Hubungan media pengajaran dengan objektif - Kon Pengalaman Dale - Sifat fizikal media Pelajar - Ciri-ciri umum - Keperluan khusus - Stail pembelajaran Kaedah - Pengajaran Beramai-ramai - Pengajaran Kendiri - Pembelajaran Berkumpulan Praktikal - Mudah diperolehi - Mudah digunakan - Kos dan Masa - Kelulusan & kebenaran LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN • Cetusan idea • Nyatakan objektif • Analisis pelajar • Kumpul dan susun bahan • Tukarkan idea kepada visual • Rancangkan penglibatan pelajar • Semak perancangan anda • Penerbitan. CONTOH-CONTOH KAEDAH MEDIA PENGAJARAN • Pengurus dan fasilitator • Tutor, seminar, latihan berkumpulan, projek, permainan dan simulasi, self-help groups • Pengajaran berkumpulan • Penerbit dan pengurus sumber pembelajaran, tutor dan fasilitator • PJJ, PBK, mediated self- instruction • Pengajaran Kendiri • Penyampaian tradisional, pengawal proses pengajaran • Kuliah, ekspositori, siaran TV, radio, kabel TV dan filem • Pengajaran beramai-ramai • Peranan guru. Nota ini diadaptasi semula oleh: AZLINA BINTI AB RAHMAN, 4.12A PRA, PPG IPIS